Assalamualaikum
Hi... Nama aku Sue Hamid. Aku bukan baru berjinak dalam blog-blog camni. Tapi sebenarnya dah lama.. cuma sekarang ja baru berkesempatan nak berblogging balik dengan blog yang baruuuu... :-) Sebabnya blog aku yang lama tu tak tau la apa masalahnya tp aku dh x bleh login.. So, aku buat la blog baru.
Last aku berblogging masa aku amik diploma di Politeknik Balik Pulau (PBU) dulu.. Kiranya dah bertahun la aku tinggal dunia blogging ni.. cewahhh!! so, sekarang ni aku dah amik degree plak ( 2nd year dah ) and tiba-tiba terasa nak berblogging balik.. Even bertimbun-timbun projek & assignment yg nak kena siapkan, still ada juga perasaan nk tulis blog kan...
So, nak cerita life aku kat sini.. life kat Johor ni memang tak sama macam kat Penang. apa yang tak sama? banyak benda yang tak sama. Kat sini Perbelanjaan harian semua aku yang kena urus sendiri.. Ye la, sebelum ni semuanya ditanggung beres. "Eleh, macam la kat sini aku kena cari sendiri semua tu kan.. Still di tanggung juga.. hehehehe.. Propa ja lebih". Tapi Alhamdulillah la, dah setahun lebih aku disini. Dah boleh sesuaikan diri dengan tempat orang ni. Cuma bahasa ibunda ja yang masih melekat di bibir. Bak kata orang hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang. lebih baik di negeri sendiri kannn... Hidup PENANG.. cewaahhh! semangat petriotik tu penting.. hehehe.. Makanan kat sini of course la tak sama macam di Penang kan.. tapi ada jugak yang aku suka makan contohnya Lontong. memang fav aku la, kalau kat parit raja ni aku suka makan dekat kedai Lontong Warisan ape ntah nama dia.. tak ingat la pulok.. (nanti aku update dalam entri lain k)
ok, sekarang aku nak cerita pulak pasal tempat aku berteduh di batu Pahat ni. Sebelum ni masa 1st year, aku duduk di kolej kediaman dalam kawasan U. Tapi, oleh kerana terlalu tinggi kos hariannya so aku amik keputusan untuk menyewa diluar kawasan U saja. Ye la kalau sewa rumah, boleh masak sendiri. Lagi jimat. Kalau nak dibandingkan masa aku duduk kolej kediaman dulu, boleh dikatakan RM50 tu cuma dapat bertahan 3 hari ja. tu belum termasuk dengan pembelian stok makanan macam meggi, air 3 in 1, biskut n toiletries aku. Tapi, bila aku dah duduk rumah sewa ni, kurang la sikit kos nya sebab kami akan collect around RM20 - RM30 setiap orang untuk setiap bulan. duit tu kami akan guna untuk beli barang dapur atau barang-barang lain. Satu lagi kelebihan aku duduk rumah sewa ni adalah skill memasak aku semakin meningkat. macam-macam benda dah aku try masak and Alhamdulillah menjadi.. Aku and housemate aku selalu makan kat rumah ja. jarang dah nak makan kat luar sekarang ni. So, boleh la berjimat sikit kan...
pintu gerbang UTHM |
ni gambar masa aku 1st year. Library UTHM |
masa 1st year. lepas kelas |
Ok la, aku rasa macam dah panjang sangat ja 1st entry aku ni. Boring plak korang nanti kan. So, sampai sini dulu la k. Aku continue lain kali plak sebab nak prepare barang untuk malam ni. Nak balik Penang. Yehaaaa!! ya beda bedu!! BYE.....
0 comments:
Post a Comment