Blogger Tricks

RESEPI PUDING ROTI BERKUAH

Posted by Unknown at 12/04/2013 11:21:00 pm 0 comments
Assalamualaikum


Hai, entry hari ni, aku nak post tentang resepi puding roti. Puding ni kira kerap jugak la aku dok buat kat rumah kalau time2 free and ada request dari famili. Tak susah mana pun nak wat puding ni. So baru ni aku balik Penang, kakak aku dah request untuk buat kan dia puding roti macam aku selalu buat katanya. Mengidam la tu. Biasa la orang tengah tunggu masa nak dapat orang baru kannn.. Kita ni kena la tunai kan segala permintaannya selagi benda yang di minta tu adalah benda yang elok dan bukan benda yang pelik-pelik kan. Kalau dia minta aku buatkan nasi kerabu or nasi ambeng untuk dia, parah juga la aku nak kena p berguru. Hehehehe...

So, dari dok membebel je macam ni baik aku share resepi kan...

ni la rupa puding tu lepas dibakar..
ok, yg nie dah diletakkan kuah kastard.. terLUPA tabur
KISMIS sebelum bakar. :-)


RESEPI



** PUDING ROTI


Bahan-bahan : 


10 kpg  Roti Gardenia
1 tin  Susu Cair 
3 Biji Telur *
2 s/m Butter*
2 s/m Gula*
1 s/k Garam*
1 s/k Essence Vanilla*
Kismis (terpulang samada nak letak atau tak)


Cara-cara :

1. Koyakkan roti menjadi kepingan kecil.
2. Rendamkan roti dengan susu cair 
3. Satukan bahan * kacau hingga sebati (aku guna blender je)
4. Campurkan rendaman roti dan bahan-bahan yang telah di blend 
berselang-seli dengan taburan kismis
5. Bakar / kukus puding sehingga masak.

** KUAH KASTARD

Bahan-bahan :

1 tin Susu Cair
1 s/m Tepung Kastard
1 1/2 s/m Gula

Cara-cara :

1. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air, dan biarkan sebati.
2. Masukkan semua  bahan-bahan bersama bancuhan tepung kastard 
kedalam periuk
3. Panaskan dengan api yang sederhana dan kacau sehingga sebati dan hampir pekat.
4. Sejukkan dan boleh dihidang bersama puding roti tadi.


SELAMAT MENCUBA!! :-)




Oooo BALIK KAMPUNG....

Posted by Unknown at 11/28/2013 06:32:00 am 0 comments

                            Assalamualaikum

Hi, berjumpa lagi.. kali ni aku saja nak masukkan entri ni dalam blog sebab aku boring dalam bas ni.. nak tidur, mata plak tak ngantuk padahal sebelom keluar tadi, ya ALLAH ngantuk gila.. biasa la mata aku ni.. ikut suka hati dia ja..

So, nak cerita pasal apa plak kali nie erk?? Ok, dah tau.. aku sebenarnya on the way nak balik Penang ni.. cuti 3 hari ja tapi tergedik-gedik nak balik macam cuti sebulan ja.. hehehe.. dah la beli tiket pun last minit. Nasib baik still ada kekosongan, kalau tak memang gigit jari la aku.. so hari ni dengan semangatnya aku pegi kelas pagi tadi. Kelas kenegaraan dan pembangunan mutakhir Malaysia. Dh sampai ke kelas, duduk dalam 30 minit ketua announce kelas batal.. sabar aje la wahai hati.. mata dah la ngantuk gila sebab tidur lewat semalam.. Pastu kitorang amik keputusan nak g mengundi untuk mpp. Hahaha, yang ni memang betol2 lawak, aku undi ja sapa yg aku rasa nk klik, sebab aku langsung tak kenal sape2 yg dicalonkan tu. Janji aku dapat makanan free even roti and air kotak.  Hahahaha, jahat giler..

Pas mengundi, kitorang tengok jam still awal lagi sebab Kelas seterusnya pukul 11 padahal time tu baru kul 9 lebih. Then kitorang ke library.. konon nya nak study la, padahal membuta dalam library hampir 1 jam.. tak dak kerja betoi. Dalam pukul 10.30 am, kitorang terus ke kelas sebab takut kena duduk depan kallau masuk lambat. Sebelum kelas Sadam start, kitorang dapat lagi makanan free tp kali nie nasi lemak pulok.. happy tak terkata uolss tau x!! Hahahaha.. lepas tu kelas start macam biasa sampai 12.30 tghari. Sambung kelas pulak pukol 2 n ada presentation. Dah prepare semua nya, tapi alih2 present cancel plak.. 2.45 kelas dah habis... macam tu ja perjalanan kelas2 aku hari ni.. tak dak la letih sangat kan.. hehehe

Balik rumah aku rehat sambil prepare barang nk bawak balik penang. Tak banyak mana pun.. 3 hari ja cuti kan.. aku keluar rumah pukul 7.30 mlm untuk tunggu bas nak ke bas stand. Tapi sampai 8.15, sebijik bas pon aku tak nampak. Geramm gila.. then aku amik keputusan nak minta tolong member aku hantarkan.. nasib baik dia mau kalau tak.. jenuh aku nk kna cari teksi pulak.. tp rasa bersalah jugak la sebab susahkan orang malam2 kan.. so lepas ni aku kena keluar awal kalau nak naik bas.. hehehe PENGAJARAN.. So, aku sampai di bus stand tepat pukul  9 malam.. Nasib sempat..

And now aku dah ade dalam bas nak ke muar, maybe ada lagi yang nak naik kot.. ok lah, mata aku dah mengantuk and nak tidur.. continue later k, BYE.

1ST ENTRY

Posted by Unknown at 11/28/2013 02:02:00 am 0 comments
Assalamualaikum

Hi... Nama aku Sue Hamid. Aku bukan baru berjinak dalam blog-blog camni. Tapi sebenarnya dah lama.. cuma sekarang ja baru berkesempatan nak berblogging balik dengan blog yang baruuuu... :-) Sebabnya blog aku yang lama tu tak tau la apa masalahnya tp aku dh x bleh login.. So, aku buat la blog baru.

Last aku berblogging masa aku amik diploma di Politeknik Balik Pulau (PBU) dulu.. Kiranya dah bertahun la aku tinggal dunia blogging ni.. cewahhh!! so, sekarang ni aku dah amik degree plak ( 2nd year dah ) and tiba-tiba terasa nak berblogging balik.. Even bertimbun-timbun projek & assignment yg nak kena siapkan, still ada juga perasaan nk tulis blog kan...

So, nak cerita life aku kat sini.. life kat Johor ni memang tak sama macam kat Penang. apa yang tak sama? banyak benda yang tak sama. Kat sini Perbelanjaan harian semua aku yang kena urus sendiri.. Ye la, sebelum ni semuanya ditanggung beres. "Eleh, macam la kat sini aku kena cari sendiri semua tu kan.. Still di tanggung juga.. hehehehe.. Propa ja lebih". Tapi Alhamdulillah la, dah setahun lebih aku disini. Dah boleh sesuaikan diri dengan tempat orang ni. Cuma bahasa ibunda ja yang masih melekat di bibir. Bak kata orang hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang. lebih baik di negeri sendiri kannn... Hidup PENANG.. cewaahhh! semangat petriotik tu penting.. hehehe.. Makanan kat sini of course la tak sama macam di Penang kan.. tapi ada jugak yang aku suka makan contohnya Lontong. memang fav aku la, kalau kat parit raja ni aku suka makan dekat kedai Lontong Warisan ape ntah nama dia.. tak ingat la pulok.. (nanti aku update dalam entri lain k)

ok, sekarang aku nak cerita pulak pasal tempat aku berteduh di batu Pahat ni. Sebelum ni masa 1st year, aku duduk di kolej kediaman dalam kawasan U. Tapi, oleh kerana terlalu tinggi kos hariannya so aku amik keputusan untuk menyewa diluar kawasan U saja. Ye la kalau sewa rumah, boleh masak sendiri. Lagi jimat. Kalau nak dibandingkan masa aku duduk kolej kediaman dulu, boleh dikatakan RM50 tu cuma dapat bertahan 3 hari ja. tu belum termasuk dengan pembelian stok makanan macam meggi, air 3 in 1, biskut n toiletries aku. Tapi, bila aku dah duduk rumah sewa ni, kurang la sikit kos nya sebab kami akan collect around RM20 - RM30 setiap orang untuk setiap bulan. duit tu kami akan guna untuk beli barang dapur atau barang-barang lain. Satu lagi kelebihan aku duduk rumah sewa ni adalah skill memasak aku semakin meningkat. macam-macam benda dah aku try masak and Alhamdulillah menjadi.. Aku and housemate aku selalu makan kat rumah ja. jarang dah nak makan kat luar sekarang ni. So, boleh la berjimat sikit kan...



pintu gerbang UTHM
ni gambar masa aku 1st year. Library UTHM

masa 1st year. lepas kelas

Ok la, aku rasa macam dah panjang sangat ja 1st entry aku ni. Boring plak korang nanti kan. So, sampai sini dulu la k. Aku continue lain kali plak sebab nak prepare barang untuk malam ni. Nak balik Penang. Yehaaaa!! ya beda bedu!!  BYE.....







 

Cerita Isi Hatiku... Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos